Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

HARI PSIKOLOGI PERINGKAT DAERAH KULIM TAHUN 2018

Kulim: Hari Psikologi Peringkat Daerah Kulim bagi Tahun 2018 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya oleh Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) yang juga merupakan tuan rumah bagi program ini. Hari Psikologi yang bertemakan HIV & AIDS: Teroka, Hindari dan Selamat ini telah berlangsung selama satu hari pada 4 Oktober 2018 bersamaan hari Khamis yang lalu. Program ini juga merupakan kerjasama erat bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kulim.

Terdapat empat segmen utama yang menjadi teras kepada program ini. Pertamanya adalah melalui tiga ceramah utama iaitu ceramah bertajuk Teroka, Hindari dan Selamat HIV dan AIDS yang disampaikan Oleh Pakar Kesihatan Keluarga, Dr. Shakirah binti Ismail. Kedua adalah melalui ceramah dan perkongsian oleh Pengurus Rumah Solehah (Wanita) iaitu rumah jagaan pengidap HIV Positif oleh Matron Fadzilah binti Hj Abdul Hamid. Ketiganya adalah ceramah daripada Inspektor Kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda iaitu En. Alias bin Anuar. Ketiga-tiga slot ceramah ini amatlah memberi input kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) sekitar daerah Kulim dan sekitarnya. Para peserta pula sangat berminat dengan ceramah yang disampaikan dengan pelbagai soalan secara spontan diajukankepada para penceramah.

Segmen kedua keduanya adalah melalui pelbagai pameran dan aktiviti daripada agensi-agensi jemputan turut mengambil bahagian dalam program ini. Antaranya adalah pameran daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dengan pameran HIV dan AIDS, Pinggan Sihat Malaysia oleh PKD Kulim, Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) cawangan Alor Setar, pameran bahaya rokok oleh PKD Kulim, pameran bahaya Denggi oleh PKD Kulim, aroma terapi daripada Young Living Essential Oil, dan juga pameran daripada UPPsi dan Pembimbing Rakan Siswa (PRS) sendiri. Malah turut memeriahkan program adalah aktviti derma darah, saringan HIV dan pelbagai permainan uji minda yang turut disediakan oleh PRS PTSB.

Segmen ketiga yang dilaksanakan pada sesi petang pula lebih menarik apabila para peserta dibawa ke lokasi strategik terpilih seperti Kulim Central Mall, Tesco Kulim dan Pasar Malam Kilang Lama. Para peserta ditugaskan untuk menyamar sebagai pengidap HIV dan pesakit AIDS bagi melihat sendiri reaksi masyarakat awam yang mendiskriminasi dan meletakkan stigma yang negative kepada para pengidap HIV dan pesakit AIDS. Para peserta ditugaskan juga untuk memperbetulkan stigma masyarakat dengan menjelas dan mendidik masyarakat awam di lokasi tersebut akan apa itu HIV/AIDS dan yang paling penting bagaimana ianya boleh berjangkit. Bukan hanya melalui sentuhan, pelukan dan berkongsi makan minum tetapi melalui amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti hubungan seks bebas, berkongsi jarum suntikan dadah dan sebagainya.

Segmen keempat iaitu pada sebelah malamnya pula turut diadakan forum yang bertajuk Anda Bijak Hindari HIV/AIDS. Antara panel yang dijemput khas bagi mengupas dengan terperinci isu tajuk forum ini adalah Sheikh Mohd Ikmal Hafif bin Azmi, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah yang mengupas isu HIV dan AIDS daripada sudut pandang Agama Islam. Panel Kedua pula adalah Pakar Perubatan Keluarga iaitu Dr. Shakirah binti Ismail daripada Klinik Kesihatan Taman Selasih Kulim yang telah mengupas dengan terperinci akan isu HIV dan AIDS daripada prospektif perubatan moden. Panel ketiga pula didatangkan khas daripada Rumah Solehah Wanita Cheras iaitu Matron Fadzilah binti Hj Abdul Hamid iaitu Pengurus Rumah Solehah sendiri yang telah banyak berkongsi pengalaman dan kerenah para pengidap HIV yang ingin mengubah kehidupan mereka kea rah yang lebih baik.

Hari Psikologi Peringkat Daerah Kulim tahun 2018 telah dirasmikan oleh Encik Mohd Yusaini bin Mohamed Ali iaitu Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PTSB yang mewakili Pengarah PTSB sendiri. Turut hadir bersama adalah Pegawai Kesihatan Daerah Kulim iaitu Dr. Hj. Alias bin Hj. Abdul Aziz PKD Kulim dan Pegawai Kesihatan Persekitaran PKD Kulim Hj. Mohd Bakri bin Abd. Rahman.

Hari Psikologi Peringkat Daerah Kulim tahun 2018 ini sedikit sebanyak telah berjaya mencapai objektifnya iaitu bagi mendedahkan HIV dan AIDS serta cara jangkitannya kepada masyarakat setempat. Malah turut cuba untuk mengubah stigma dan diskriminasi masyarakat terhadap pengidap HIV dan pesakit AIDS yang memerlukan sokongan daripada mereka. Justeru, kenalilah cara jangkitannya, hindari virusnya tapi bukan orangnya.

Hari Psikologi Peringkat Daerah Kulim Tahun 20181all1

Hari Psikologi Peringkat Daerah Kulim Tahun 20181all2

Hari Psikologi Peringkat Daerah Kulim Tahun 20181all3

Hari Psikologi Peringkat Daerah Kulim Tahun 20181all4

Hari Psikologi Peringkat Daerah Kulim Tahun 20181all5

Hari Psikologi Peringkat Daerah Kulim Tahun 20181all6

Hari Psikologi Peringkat Daerah Kulim Tahun 20181all7

Hari Psikologi Peringkat Daerah Kulim Tahun 20181all8