Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

JAMUAN HI-TEA JABATAN PERDAGANGAN SESI JUN 2018

17 Oktober 2018 – Bertempat di Dewan Muad’zam Shah, PTSB telah berlangsungnya Jamuan Hi-Tea Jabatan Perdagangan Sesi Jun 2018 selama sehari yang bertarikh 17 Oktober 2018. Jamuan Hi-tea Sesi Jun 2018  ini bertujuan untuk meraikan pelajar semester akhir yang bakal menjalani latihan industri pada semester akan datang. Jamuan Hi-Tea Jabatan Perdagangan sesi Jun 2018 ini melibatkan semua pensyarah JP, pelajar semester akhir dari kelas DAT5A, DAT5B, DAT5C, DPM5A, DPM5B & DPR5A seramai 196 orang. Pengendalian program diuruskan oleh Jawatankuasa Program Jamuan Hi-Tea Sesi Jun 2018 yang terdiri dari pelajar-pelajar Jabatan Perdagangan semester akhir Sesi Jun 2018. Melalui program ini, pelajar semester akhir telah diraikan dengan pelbagai jenis aneka makanan, anugerah serta persembahan dari pelajar.

Di akhir sesi program ini, telah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar Semester akhir dengan pensyarah JP. Bukan itu sahaja, sumbangan pelajar semester akhir telah dihargai sepanjang berada di Politeknik. Sepanjang jamuan ini berlangsung, motivasi dan semangat kepada pelajar-pelajar semester akhir sesi Jun 2018 telah dapat ditingkatkan untuk terus diberi kepercayaan melaksanakan tugas dengan penuh bersemangat, dedikasi dan bertanggungjawab. Secara keseluruhannya, jamuan Hi-tea Sesi Jun 2018 ini telah mencapai objektif yang dirancang dengan jayanya.

 

Jamuan Hi-Tea Jabatan Perdagangan Sesi Jun 2018all2
Jamuan Hi-Tea Jabatan Perdagangan Sesi Jun 2018all3

Jamuan Hi-Tea Jabatan Perdagangan Sesi Jun 2018all1