Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

PROGRAM SEMARAKKAN SUKAN JP 2018

18 OKTOBER 2018 – Bertempat di Unit Sukan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah telah berlangsungnya program Semarakkan Sukan JP selama dua hari yang bertarikh 18-19 Oktober 2018. Program sukan ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan para peserta sekaligus mengetengahkan mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, program ini juga dapat melahirkan “The Thinking Athlete” di kalangan pelajar Jabatan Perdagangan selaras dengan aspirasi Kecemerlangan Bakat di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Jabatan Perdagangan juga akan menjadi tumpuan oleh Jabatan lain serta warga PTSB sebagai salah satu jabatan yang bukan hanya mementingkan akademik malah turut aktif di dalam bidang sukan. Di akhir program ini, para peserta telah dapat mempelajari teknik bermain dengan betul, bersaing secara sihat, mewujudkan semangat kesukanan, dan menyerlahkan kebolehan dan bakat yang terpendam dalam diri masing-masing. Secara keseluruhannya, program Semarakkan Sukan JP ini telah mencapai objektif yang dirancang dengan jayanya.

Program Semarakkan Sukan JP 20181all1

Program Semarakkan Sukan JP 20181all2

Program Semarakkan Sukan JP 20181all3

Program Semarakkan Sukan JP 20181all4

Program Semarakkan Sukan JP 20181all5

Program Semarakkan Sukan JP 20181all6

Program Semarakkan Sukan JP 20181all7

Program Semarakkan Sukan JP 20181all8

Program Semarakkan Sukan JP 20181all9