Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

KEM PENGUKUHAN PASUKAN JAWATANKUASA PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN 2019

Sungai Tengas: Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman atau dikenali sebagai JPKK, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah berjaya mengharungi Kem Pengukuhan Pasukan JPKK Tahun 2019 di Tengas Advanture Nature Camp (TAN Kem) pada 29 hingga 31 Disember 2018 yang lalu. Kem yang dianjurkan oleh Unit Pentadbiran Kamsis (UPK) ini telah disertai oleh seramai 25 orang ahli JPKK sendiri. 

Kem yang berobjektifkan membentuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan JPKK ini telah melibatkan beberapa modul dan aktiviti penting seperti latihan dalam kumpulan, night walk, jungle trekking, Flying Fox, kemahiran komunikasi, pengurusan organisasi dan slot-slot kuliah subuh serta maghrib. Pengisian bagi setiap slot ini telah disampaikan oleh para warden kamsis PTSB sendiri. 

Semoga dengan terlaksananya kem pengukuhan pasukan selama tiga hari dua malam ini mampu meningkatkan kualiti organisasi JPKK dalam melaksanakan tanggunggjawab mereka sepanjang semester dalam usaha mengharmonikan Kamsis PTSB.

Kem Pengukuhan Pasukan Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman 20191

Kem Pengukuhan Pasukan Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman 20192

Kem Pengukuhan Pasukan Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman 20193

Kem Pengukuhan Pasukan Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman 20194

Kem Pengukuhan Pasukan Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman 20195

Kem Pengukuhan Pasukan Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman 20196

Kem Pengukuhan Pasukan Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman 20197

Kem Pengukuhan Pasukan Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman 201911

Kem Pengukuhan Pasukan Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman 201912