Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR & KELAB PERSATUAN PTSB SESI 2019

1

Penyampaian watikah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Kelab Persatuan bagi tahun 2019 telah berjaya dilaksanakan pada tanggal 10 Januari 2019 dalam satu majlis yang meriah. Penyampaian watikah ini telah berjaya disempurnakan oleh Puan Pengarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) sendiri iaitu Puan Yusma Binti Yusof sendiri. Seramai 33 orang barisan MPP menerima watikah kali ini setelah memenangi pilihanraya kampus yang telah dilaksanakan pada 9 Januari Disember 2019 yang lalu. Turut menerima watikah pelantikan adalah barisan ahli jawatan kuasa daripada setiap kelab dan persatuan yang aktif di PTSB.

page 1

Dalam majlis tersebut, Tuan Pengarah turut menyampaikan amanat beliau kepada barisan MPP kali ini. Dialog dan sesi soal jawab antara barisan MPP bersama pihak pengurusan juga berjalan secara ringkas bagi membina kesefahaman antara kedua-dua belah pihak iaitu MPP dan pengurusan PTSB. Hadir bersama pada majlis tersebut adalah Timbalan Pengarah Akademik iaitu Encik Mohd Zamre bin Ab Rahman, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik iaitu, Encik Mohd Yusaini bin Mohamed Ali, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (KJHEP) iaitu Encik Norsyahidan bin Mohd Yusof, Ketua-ketua Jabatan dan penasihat-penasihat MPP dan Kelab serta Persatuan. Dengan penyampaian watikah tersebut secara rasminya tergalaslah tanggungjawab barisan MPP dan Persatuan Pelajar sebagai pemimpin pelajar di PTSB dan adalah diharapkan agar kebajikan pelajar terbela dan kecemerlangan siswa sisiwi PTSB dipertingkatkan lagi.

page 2