Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

PROGRAM GREEN KAMSIS : ROAD TO GREEN CAMPUS

7

Program ini diadakan bertujuan bagi memberi pendedahan kesedaran kepada pelajar kamsis tentang aktiviti-aktiviti penghijauan kampus dengan kerjasama Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) PTSB. Program ini juga diharap dapat mendidik dan menyebar luas sikap dan amalan terpuji pemeliharaan alam sekitar dan “zero waste” dalam kalangan warga kamsis serta kampus.  Program ini akan dijalankan dengan aktiviti penerangan peranan Jawatankuasa Green Tech dalam menjadikan pembudayaan penghijauan kampus. Selain itu, kuiz akan dijalankan untuk melihat tahap kesedaran dan kefahaman pelajar-pelajar kamsis. Antara objektif program ini ialah mewujudkan persekitaran kamsis dan sekitar yang lestari, mendidik warga kamsis terhadap peranan alam sekitar, menyelaras dan memantau inisiatif 'Kampus Hijau'. Program ini akan diadakan pada 16 Februari 2019 (Sabtu).

9

8
Dalam program tersebut, gimik pelancaran Kelab Green Tech PTSB telah dilancarkan oleh Timbalan Pengarah Akademik PTSB, En Mohd Zamre bin Ab Rahman.