Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

PENDAFTARAN PELAJAR LULUSAN DIPLOMA KEJURUTERAAN DAN DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN POLITEKNIK SEBAGAI INSPECTOR OF WORK (IOW)

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Politeknik telah mengadakan lawatan ke Board of Engineers (BEM) pada 21 Oktober 2015.

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan pendaftaran lulusan politeknik dari bidang kejuruteraan dan teknologi kejuruteraan sebagai Inspector of Works (Engineering Technician).

Untuk makluman, Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Pindaan 2015) membolehkan BEM mendaftarkan Inspector of Works (Engineering Technician) sebagaimana termaktub di dalam klausa 10E. "A person who holds any qualification which is recognized by the Board shall be entitled on application to be registered as an Inspector of Works". Seterusnya, Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Pindaan 2015) dengan jelas menyatakan bahawa pendaftaran graduan diploma kejuruteraan sebagai IOW adalah mandatori sekiranya mereka menjalankan tugas sebagai Inspector of Works. Ini selaras dengan seksyen 7(2) (ab) yang menjelaskan bahawa "an Inspector of Works who is registered with the Board may, subject to section 8, take up employment which requires himto assist the Professional Engineer in the supervision of engineering works". Seseorang yang tidak berdaftar boleh disekat bagi melaksana atau memberi perkhidmatan kejuruteraan professional seperti termaktub di bawah klausa 24A. (1) No person shall employ a person, sole proprietorship, partnership or body corporate, other than a Professional Engineering with Practicing Certificate or Engineering consultancy practice, to perform professional engineering service.

Berdasarkan akta tersebut, pihak JPP menetapkan agar semua graduan diploma kejuruteraan dan diploma teknologi kejuruteraan politeknik mendaftar dengan BEM demi menjaga kepentingan bidang pekerjaan graduan politeknik. Untuk maklumat lanjut berkenaan pendaftaran, sila layari laman sesawang berikut: 

http://www.bem.org.my/v3/pdf/REA2015/IOWnotes.pdf

S
ebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, sila hubungi Pn. Noaryanti Bt. Mohd Noor di talian 03-8891 9349 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. .