Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

JAWATAN KOSONG PIHAK BERKUASA TEMPATAN TAMAN PERINDUSTRIAN HI-TECH KULIM

Adalah dimaklumkan bahawa Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim ingin menawarkan peluang pekerjaan kepada semua pelajar atau pelajar lepasan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB).

Antara jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

1. Penolong Pegawai Tadbir.
2. Penolong Akauntan.
3. Penolong Pegawai Perancang Bandar.
4. Penjaga Jentera Elektrik.
5. Pembantu Pentadbir (Kewangan).
6. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi).
7. Pembantu Penguat Kuasa.
8. Pemandu Kenderaan.
9. Pembantu Operasi.

Sekiranya graduan PTSB berminat, permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan jawatan, berharga RM5.00 yang boleh didapati di:

Kaunter Bayaran
Pihak Berkuasa Tempatan,
Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim,
01-02 KHTP Administrative Centre,
Kulim Hi-Tech Park,
09000 Kulim,
Kedah Darul Aman.

Untuk maklumat lanjut tentang cara memohon dan jawatan yang ditawarkan boleh muat turun lampiran di bawah.

Muat turun Lampiran Jawatan Kosong.